Instagram

About Me

My photo
i still dream of you sometimes. Shhhh. Keep quite and continue reading.

26 June 2015

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua :)

Dah berhabuk blog, baru nak update. Entahh pape je kan? Gen pemalas dalam badan ni makin menjadi2 pulak.. Hekkkk.

Hari ni dah hari ke-9 Ramadhan, 
So, macam mana puasa korang?

Aku sejak2 puasa ni, ada satu sifat dalam diri yg tak dpt nak dikawal. 
Di mana, aku tetiba rajin dan suka nak memasak. Tiap2 hari ada saja yg aku nak masak.
Padahal muka aku ni bukanlah dikategorikan sbg org yg suka masak.

Bila kat tempat kerja je, start pukul 2, aku dah start godek2 internet fikir nak masak apa.

Hari ni nak buat cucur badak
Kejap lagi nak buat cek mek molek
Lepas tu nak buat Badak berendam
Esok nak buat roti john cheese
Nanti nak buat bread puding la... 
blaaa...blaaa..

Then, begitulah rutin aku setiap petang.
Balik kerja pukul 4, chapp chupp chap sinsing baju terus masuk dapur.
Hailahh, susah betul kalau dah terlebih rajin,


Apa-apa pun, sebusy mana korang amalan2 bulan ramadhan ni jgn lupa. 
1) Terawih
 Ni yg paling penting. Sebab apa? Sebab terawih ni korang akan jumpa time bulan Ramadhan je. Bulan lain tak de. So, rebutlah peluang ni untuk buat terawih. Kalau rasa tak larat nak buat dekat masjid, buat dekat rumah sorang2 pun boleh. Islam tu mudah bukan? 

2) Amalan-amalan sunat
 Ni pun sgtlah bagus kalau korang boleh amalkan. Solat sunat hajat, taubat, dhuha, baca Al-quran. Kalau boleh, bulan ramadhan ni kita dapat khatam Al-quran syukur sgt. Ni aku bg tips untuk bagi khatam dalam masa sebulan. Setiap sebelum dan selepas solat fardhu, bacalah dua muka surat. Means, 2 muka surat sebelum dan 2 muka surat selepas. (4 MS x 5 kali solat= 20 Ms) 20 Muka surat bersaamaan 1 juzuk. Dan kalau buat selama 30 hari, maka lengkaplah 30 juzuk. Senang kan? Kita buat sama-sama okeyy?

 Then lagi satu, solat Dhuha jgn lupa. Sebab ramai sgt yang tak tahu kelebihan waktu Dhuha. Salah satu kelebihan Dhuha ialah Allah akan buka pintu rezeki mereka yg mengamalkannya. Rasa susah nak solat dhuha time kerja? Nah, tips aku bagi. Biasa kalau korg pergi ofis pukul 8, pukul 7.45 dah boleh buat solat Dhuha. Kalau yg pergi kerja awal tu,  sampai ofis boleh juga buat dhuha.Mudah kan?
okoknya, hati kita ni nak tak nak je buat.

Dah buat amalan sunat, yg Fardhu 5 waktu tu jgn pula nak tinggalkan. Kalau boleh, solatlah awal waktu sebab mana tahu tiba2 mati belum sempat solat, dah kira berdosa. Untuk perempuan, kalau tiba2 kita period dalam keadaan kau masih belum solat utk waktu tu, pun dah kira dosa tau! (Ramai sgt yg tak aware pasal ni, sedihh tau)

3) Infak/ sedekah
Nilah masanya untuk korang bersihkan harta2 korang tu. Banyak badan2 Ngo, pusat kebajikan, rumah anak yatim yg anjurkan derma untuk mereka yg memerlukan semasa bulan puasa dan raya. Apa salahnya kalau kita hulur seringgit dua untuk mereka. Tak kisah banyak mana kau nak bg, asal kau ikhlas. Allah tak tgk byk mana kau bg, tapi dia tgk kau ada bg ke tak? And, believe me, kau takkan jatuh miskin pun kalau keluarkan sikit harta untuk bersedekah,
Malah, Allah  mungkin akan ganti dengan sesuatu yg lebih baik. (Cth, anak sihat, dpt bonus, menang contest, naik pangkat, dapat hadiah, dll). Kadang2 kau pun tak sangka kau akan dapat benda tu. 

Harap dgn tips aku dkt atas td, dpt kita sama2 baiki Ramadhan kita tahun ini.
 Ramadhan bulan kumpul pahala bukan bulan sibuk kemas rumah, tukar perabot baru, berniaga sana sini tapi amalan dengan Allah semua kau lupa. Byk mana pun rezeki kau dpt, takkan dpt rasa keberkatannya. Kadang rasa tak cukup duit, pdhl duit dah byk ni. Tu nama rezeki kita belum cukup berkat lagi.

Periksa amalan kita,
Solat fardhu cukup?
Amalan sunat buat?
Ada sedekah?
Ada mengumpat orang?
Ada sebar fitnah?
Dan mcm2 lagi...

Kalau dah buat semua tu, tp masih tak cukup rezeki tu maknanya, Allah masih sygkan kita. Dia nak kita buat dan banyakkan amalan supaya pahala kau akan sentiasa bertambah. Tak nak pahala? Maka andalah org paling rugi sekali. 

Fikir2 dan renungkan. Selamat berpuasa :)


Next entry, aku akan review butik/online shop yg best utk baju raya! yeahhh!

No comments:

Post a Comment