Instagram

About Me

My photo
i still dream of you sometimes. Shhhh. Keep quite and continue reading.

02 December 2014

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA

Hi everyone, 
i'm to excited to update about this film!!!
Dah bertahun tunggu film ini, 
and finally film ini akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia started from 11 DISEMBER 2014.

Please, save the date guys!
Siapa yang pernah baca novel ini, mesti super duper excited macam aku. 
macam mana aku tak excited oiii, ada Fazura, Sam, Lisa dan ramai lagi pelakon hebat!
And yang paling best, aku tak sabar nak tengok tempat2 cantik dekat CAPPADOCIA...


SINOPSIS:



Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia merupakan filem adaptasi novel berjudul ‘Manisnya CInta’ hasil nukilan Anis Ayuni. Filem romamtik komedi ini dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Dian P. Ramlee, Erma Fatima. Aida Khalida, Zaibo, Sharifah Eja, Mustapha Kamal, Susan Lankester, Josiah Hogan, Zoey Rahman, Hanis Zalikha, Bkay Nair, Fattah Amin, Raykarl, Farhanna Qisrina, dan Syazwina.

Kisahnya bermula dengan Ifti Liyana, seorang gadis yang tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.

Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya.

Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?

*credit to radio ERA for synopsis*


TEASER:

KLIK SINI UNTUK FULL TRAILER.


Best bukan?
So, Marilah kita berjemaah penuhkan panggung tengok filem ini. Ok guys?




much love,
xoxo





No comments:

Post a Comment