Instagram

About Me

My photo
i still dream of you sometimes. Shhhh. Keep quite and continue reading.

05 October 2015

HOW TO SPEND YOUR SALARY?

Hi and good afternoon guys,
Dikala korang sedang baca entry ini, ketahuilah bahawa aku tengah menaip dekat office. 
Kebiasaan memang waktu lunch aku gunakan dengan tgk movie ke, baca blog, taip blog, cari resepi, scroll insta. 

So, how ur life? Hope you guys boleh jaga kesihatan elok2 sebab sekarang jerebu makin teruk. Almost everyday ipu jerebu naik bagaikan esok tiada udara segar lagi. 

Sebelum aku tulis tujuan sebenar aku update blog, elok kiranya aku tanya korang satu soalan?

-Dalam sebulan, berapa yang korang boleh saving? *sila jawab dengan jujur*

Kalau korang cakap tak dapat nak saving walau RM1,00 pun aku akan percaya. Serius! Sebab zaman ekonomi Malaysia yang sangat teruk, aku percaya hampir 85% orang yang golongan pendapatan sederhana dan rendah akan infinity belanja setiap bulan.

Am I right??

Percaya tak aku cakap yang gaji bawah RM2,000 boleh beli kereta dan rumah? Tak percaya? Meh sini aku buktikan aku berjaya atau tak? 

Tips ni memang sangat berguna untuk fresh graduate yang baru nak cari hala tujuan hidup. 
Dan untuk pengetahuan korang, aku pun baru graduate november last year. Tapi, aku start kerja october last year. Kira setahun yang lepas, dan aku boleh cakap aku bangga dengan apa aku ada sekarang.

Jom check it out!

First, listkan segala income yang korang dapat untuk sebulan. 
*aku ambil figure income dan belanja aku tau*


1- Gaji bersih (after deduct EPF & SOCSO) = RM1860.00
2- Sumber kedua (Bisnes online, parents bagi, suami bagi) : RM200.00
*Sumber kedua aku ni dapat dari uncle aku. Memang every month dia akan masukkan RM200 since zaman uni lagi*
3- Lain sumber (If ada): -

TOTAL INOME: RM2060.00

Second, listkan segala jenis belanja. 

This part is very2 important! Please behave. Sebab dari sinilah kau akan dapati belanja tiap2 bulan korang ada lebihan/infinity. 

Untuk belanja, aku asingkan kepada 3 kategori.

1) KEWAJIPAN
-kewajipan means benda ni kau memang WAJIB bayar tiap2 bulan. Kalau tak bayar, korang memang takkan boleh survive! Dan jumlah dia adalah FIXED.
2) KEPERLUAN
-Ini belanja yang kau memang WAJIB belanja, tapi kau boleh kawal jumlah dia. 
3) KEHENDAK
-Benda ni TAK WAJIB, tapi kau nak juga belanja untuk memuaskan kehendak nafsu korang.

Untuk keperluan dan kewajipan, skop sangat luas dan berbeza setiap orang. 
Cth, macam aku. Aku anggap makan sebagai keperluan aku. So, dekat sini aku tak kisah makan apa asalkan aku boleh hidup, sihat tubuh badan dan boleh beribadat, boleh kerja.

TAPI,

ada orang anggap makanan sebagai kehendak. Makanan akan jadi kehendak bilamana, kau tiap2 hari nak makan sedap ikut  selera tekak kau yang sampai bila2 takkan pernah puas.
Hari ni nak makan, KFC, NANDOS, CHILLIS, BUGRER KING and blaaa.....
Dan kalau selera kau macam ni, gaji kau RM100K pun tak cukup nak layan nafsu makan kau!

DAN,

Mesti ada mulut yang cakap,
Ehhh, maknanya kau ni tak pernah makan sedap ke?  Tak seronoknya life kau and blaaa....
*ni memang jenis tak sayang mulut ke acaner?*

Siapa cakap aku tak makan semua tu? Aku makan, tapi aku CONTROL!
Cth, disiplinkan diri kau hanya seminggu sekali untuk rewards diri makan sedap dan mesti not more than RM30/orang sekali makan. 
 Macam aku,
Minggu first: Makan KFC
Minggu 2: Makan dominos
Minggu 3: Makan western
Minggu 4: Makan Nandos. 
 Dan aku ikut syarat yang aku sendiri dah tetapkan dekat atas. Mudahkan? 

Jom tengok perbelanjaan aku yang aku dah asingkan:

1- KEWAJIPAN
-Kereta: RM505.00
-Rumah: RM400.00 (saving untuk beli rumah utk family aku)
-PTPTN: RM160.00
-Parents: RM150.00
-Saving: RM200.00

2- KEPERLUAN: 
-Barang dapur: RM200.00 (seminggu RM50.00)
-Minyak: RM120.00 (sekali isi RM120.00)
-Adik-adik- RM50.00 (RM10.00/sorang)
-Makan dekat ofis: RM50 (sebab aku hampir tiap2 hari akan masak dan bawa bekal. Kadang rewards bos bawa belanja. Adalah dalam seminggu 4 kali)
Emergency: RM100.00

Barang dapur, hanya tambahan barang basah apa yang aku nak masak minggu tu. Kebanyakkan barang besar2, ayah aku akan beli tiap2 awal bulan terus. 

3- KEHENDAK:
-Skincare/make up: Aku cuma restock 3 bulan sekali.
-Handbag/baju/kasut: Aku biasa shopping 3/4 bulan sekali sahaja. Jangan biasakan shopping tiap2 bulan! Memang pokailah poket kau. 



TOTAL BELANJA: *Normal month without shopping*
1 + 2 + 3 = RM1415 + RM470 = RM1885

Can you see? 

INCOME - BELANJA
=RM2060- RM1885= RM175.00

Dengan kereta, rumah, ptptn, saving, bagi mak ayah, aku masih mampu ada RM175 dekat tangan! RM175 kau tak payah pening2 dah sebab semua belanja kau dah masuk dalam bajet bulanan kau. 
Jangan sangka RM175.00 tu tak ada nilai tau!

Meh aku tunjuk APA YANG AKU BOLEH BUAT DENGAN RM175.00? 
1) Shopping 3 bulan sekali: RM175 X 3= RM525.00
2) Holiday 2 kali setahun: RM175 X 6: RM1050 *mungkin holiday dalam Malaysia/thailand/singapore/indonesia.
3) Holiday setahun sekali: RM2100 *pergi jauh sikit macam guangzhou, hong kong, korea, vietnam. 
4) Simpan untuk umrah/haji dalam masa 10 tahun: RM2100 X 10= RM21000 (maybe haji guna private)

Boleh nampak tak???? Beza tak dengan korang?

Come on guys! Gaji bersih aku bawah RM2000 and I can manage!
Macam manalah korang yang gaji RM3000 tak boleh dapat lebih dari aku? 
Aku sure yang gaji korang mesti lagi tinggi dari aku. 

Mohon jangan kecam aku cakap, bolehlah sebab tak payah beli pampers baby, susu baby, nursery, baju baby! 
Meh sini nak cakap!
Yang nak kecam aku tu, meh aku kecam balik. Kau yang ada anak ni, confirm2 lah ada laki. Then gaji korang mesti double dua! Thats why, perbelanjaan korang pun double dua unless korang ni ibu tunggal/laki tak kerja. 
Hanya dua golongan ni je dibenarkan kecam aku. Haha. 
Faham tak? 
Bukanlah aku nak marah sangat, tp kekadang ni kena juga cakap nada macam ni sebab dkt malaysia ni ramai sangat keyboard warrior. Semua benda nak kecam! Sampai budak sekolah dapat cuti jerebu pun kau nak kecam. Tsskkk. Tak faham betul golongan macam ni. Habis semua benda nak kecam.
*aishhh! aku dah merapu*


Tapi, sebelum nak buat budget macam aku, meh aku highligh beberapa perkara untuk panduan korang jugak? Arassoo? 
1) Yang x ada loan kereta, guna kereta bapa korang, memang korang lagi untung. Banyak boleh saving untuk beli property (rumah, emas). 
2) Tiap bulan, jangan lupa settlekan semua benda yang wajib dulu supaya tak lari bajet.
3) Untuk keperluan, biasa aku akan withdraw duit tu siap2. Masukkan dalam envelope dan tulis untuk belanja apa. Kalau tiba2 terlari bajet, kau dah tak boleh guna duit lain kecuali duit kecemasan. Macam kereta. Kalau tiap2 mlm kau pergi berjimba2, terlari bajet minyak. maka hujung bulan silalah pergi kerja jalan kaki/naik public transport!
4) untuk makan, aku memang jenis bawa bekal sbb malas nak keluar lunch. untuk yang x suka bekal, jgn lupa buat bajet makan seharian dekat ofis, Katakan hujung bulan duit makan habis, maka silalah bawa bekal ke ofis. Paham x?
5) Pokoknya, untuk keperluan kalau duit bajet dah habis, korang kena cari alternatif supaya tak usik duit yang lain. Pandai2lah guna kreativiti sendiri!
6) Untuk simpanan tetap tiap2 bulan tu, kalau aku akan pindahkan ke akaun bank lain. Cth, ada 4 akaun. Cimb, Mbb, bsn, bank islam. MBB dan cimb aku yg aktif transaksi. Maka, saving aku, aku akan masukkan dekat bsn/bank islam supaya aku tak terusik duit tu.
7) Lepas tu, hujung bulan kakau bajet dekat keperluan tu ada extra, masukkan dekat sampul extra. Dengan duit extra tulah kau boleh makan sedap, shopping sikit. Macam aku, minyak kereta biasa guna rm80 je, so ada extra rm40. Dengan rm40 tulah aku pergi guna mkn kfc! Hee.
8) Jangan kecam aku kata aku tak bersosial. Banyak lagi aktiviti sosial yang kau boleh buat yang tak payah nak keluar duit sgt. Picnic, joging dekat tasik, download movie (lagi syok tgk sendiri), masak ajak kawan dtg rumah. Be creative! Bukan asal bersosial, kena pergi mall! Tak kreatif lgsg! Haha...
9) Walau gaji kau seciput mana, jgn lupa bg mak, bapa, adik2 kau! Berkat tu penting ooo. Gaji kau rm2000, tapi rasa mcm rm4000! Tu semua berkatlah. 
10) Yang perempuan, tak payah tiap2 bulan nak shopping. Memadai 3 bulan sekali. Tudung dalam almari cantik berbungkus kau tak pakai lagi. Ada hati nak nak tambah koleksi! Dah kalau kau hunter tudung bawal aj, dress poplook, maddy sugarscarf, memang tak cukup duitlah! Unless, gaji kau memang banyak. (Ini nak cerita untuk org gaji mcm aku).
11) Kalau peak season mcm raya maka bolehlah shopping lebih2 sikit. Rewards lah jugak diri kau tu!
12) Lagi satu, jaga 3 benda ni. Solat awal waktu, jangan tidur lepas subuh dan sedekah! Kau jaga 3 benda ni, Allah jaga pintu rezeki kau elok2. Kadang2, tetiba rezeki kau dtg dr mana2 sumber. Tetiba bos ajak mkn hotel, tiba2 kau menang contest, tiba2 auntie bg duit. Tu rezekilah namanya! 
13) Lain-lain...Nanti aku fikirkan. tepu pulak kepala otak ni. Hee. 


Harap2 tips aku boleh korang praktikkan!
Segala isi dalam entry ni, dari pengalaman aku sendiri. Bukan nak berlagak/riak ke apa, tapi nak korang sedar yang orang gaji rendah pun masih boleh ada saving, pergi holiday, beli rumah, beli kereta! gaji kau banyak, maka lg banyaklah korang enjoy!



Thank you sudi baca. 

Next enrty aku nak cerita, mcm mana gaji macam aku, boleh beli rumah dan dalam masa sama ada loan kereta juga. See next entry! 

xoxo 











No comments:

Post a Comment