Assalamualaikum
Entry kali ini adalah panjang dan banyak gambar. Diharap korang gembira la dibuatnya. hehe. Lagipun gambar semua adalah sangat cantik ya! Bukan main-main tahu comeback aku kali ini, gambar semua stok-stok DSLR, iphone, android yg pastinya sgt cantik. Yalah, kata nak gegarkan arena blog dunia. hahahaha.
Well, untuk yang tak tahu, aku sedang bercerita tentang accounting dinner pre graduation yg bertemakan colour of memories. byk sgt memories suka duka. tula pasal tema pun kena begitu. haha.
Anyway, accounting dinner ini telah dijalankan di HOTEL BANGI-PUTRAJAYA pada 28 MEI 2014. Even, time nak organise dinner ni, macam2 masalah berlaku. tapi, aku tetap berbangga dgn pihak yg organize dinner ni. akhirnya dinner ni berjaya dgn jayanya. walau ada sedikit kekurangan sana-sini, tp bagi aku diorg dah buat yg terbaik. thanks to amri, kamil, farhana dan zima.
aku pun turut menyumbang sedikit tenaga aku. dgn rela hatinya aku buat photobooth. even time tu aku tgh tak berapa nk sihat, tp aku tetap gagahkan diri buat benda ini. idea buat photobooth ni pun kitorang google je dkt internet. cmpur2 idea sana-sini dan alhamdulillah aku sgt berpuas hati dgn hasilnya. lagipun kami on a really tight budget. so, kena gunakan idea yg simple2 saja. kreatif juga aku sbnrnya nie. haha. thanks to Farrah dan sya yg sudi berkerjasama aku merealisasikan photobooth aku yg xseberapa. and thanks to harith, fatin, leha, sarah, ezul, naszman, iqa, faz, nab dan semua2 yg menolong aku sblm, semasa dan selepas utk buat photobooth ni. thanks korang :)
Whatever it is, the accounting dinner was a success! The food, deserts and cake was delish, siap ada excess lagi. cenderahati, exchange gift, performance dari budak2 batch aku, cabutan bertuah semua bestt. congrats korang semua yg join :)
ini idea asal untuk photobooth. omputih sgt. siap ada elemen bunga2 mcmtu. rasa mcm simple and sweet.
dan ini hasilnyaa. aku xada gambar photobooth saja. sebab kelam-kabut gila xsempat ambil gambar photobooth saja. so, ok x photobooth aku nie? thanks sarah sudi bg gmbr ni. haha
Dress: zawara (search dkt fb/ig)
hijab: @wideshawlz (search dkt ig)
clutch: tak ingat beli mana sbb dah lama aku beli.
semua budak batch aku. ni pun x semua dtg, kalau x lg ramai.
ni performance by lecturer. encik arzim naim :)
salah sorg budak batch aku yg ada bakat sgt hebat. kagum aku jdnya :)
selfie with en arzim naim:)
group peace with dr azlina utk subjek teori. salah satu subjek plg susah aku rasa sem ni. but, syukur aku dpt group dgn diorg. sgt membantu aku buat projek dan presentation. thanks korang.
the transformers utk subjek kajian kes. syukur sgt sbb dpt group dgn diorg. plg sporting, plg sgt membantu aku time aku rasa mcm xmampu nak handle kes yg sgt susah. tiap2 minggu present dan buat report. diorg sgt byk membantu aku. thanks the transformers :)
with dr faridah. lecturer kajian kes kelas kami :)
:LASTLY SPECIAL FOR SUPER CUTE FRIENDS:
special dedicated to five out of eight actually;
farrah, sya, sarah, leha, indah, wan, tira
mereka ada ketika aku gembira,
mereka ada ketika aku sedih,
jatuh bangun aku semua bersama mereka,
ada yg aku kenal since first year, ada yg mula kenal since second year, dan kami mula menjadi berlapan rapat bermula tahun lepas,
insyaallah, kenangan dengan korang aku plg takkan pernah lupa,
terima kasih sebab sudi bagi aku masuk geng yg sgt super duper awesome.
special dedicated utk farrah dan sya;
terima kasih korang berdua,
antara yg terpaling rapat dgn aku dkt ukm,
lagi2 bertambah rapat sejak duduk 1 kolej, 1 bilik, 1 kelas.
mereka plg byk membantu aku,
bila aku tak paham time belajar, bila aku stress, bila aku give up, bila aku frust, bila aku putus cinta, bila aku sakit, bila aku happy, diorang plg byk bg sokongan, dorongan dekat aku.
and lastly special untuk super cute friends,
semoga korang bahagia dunia akhirat,
semoga persahabatan kita kekal untuk selamanya,
semoga korang dpt jodoh yg baik (kecuali utk Madam Farrah, u already married)
semoga korang dpt kerja hebat, gaji bsr, boleh gathering sama2,
semoga korang dpt buat profesional certificate, AND LASTLY
SEMOGA KORANG BERJAYA DGN APA SAJA YG KORANG CEBURI.
I LOVE YOU ALL OF YOU :)
Untuk rakan2 seperjuangan lain, aku doakan kalian berjaya dunia akhirat. terima kasih atas kenangan di bumi UKM ini, terima kasih atas segala-galanya. maaf andai tersalah bahasa, terguris perasaan.
p/s : seharum BAC ukm:)
*ada a few gambar aku ambil dr fb korang, maaf andai aku xminta izin. mohon halalkan. thanks korang :)
No comments:
Post a Comment